Rabu, 22 Disember 2010

PAS Tak Yakin Diri Sediri


Dalam pakatan pembangkang yang terdiri dari PAS, DAP, PKR, mengikut sejarah parti tersebut PAS merupakan parti yang tertua di ikuti oleh DAP, Keadilan hanya berumur setahun jagung, dan kita tengoklah kekecohan yang berlaku dalam masyuarat rantingnya di beberapa tempat.

PAS yang di tubuhkan pada tahun 1951 bererti sudah berusia 59 tahun, sepatutnya PAS yang menjadi ketua kapada pakatan ini, tertapi sebaliknya diserahkan kapada PKR yang baru berusia 12 tahun, kalau usia itu bererti baru tahun enam sekolah baru ambil UPSR, sedang PAS dah lama lulus Univasiti.

Pas sudah melalui 13 kali pilihan raya termasuk pilihan raya pra kemerdekaan tahun 1955, PKR baru 3 kali iaitu 1999, 2004, 2008, Pas kena bertegas dalam hal ini jangan biarkan kepala di pijak, tengok tiba-tiba saja Anwar menawarkan DAP jadi TPM kalau menang nanti.

Seolah-olah Pas tidak menyumbang ke arah kejayaan, sebab itu lah Pas diangap hanya penumpang sahaja, oleh itu sedarlah ahli dan penyokong PAS, kembalilah bersama UMNO untuk menentukan masa depan Agama Bangsa dan Negara ini.

Anwar masih tidak mengaku

Anwar mendawa ahli PKR yang keluar parti itu adalah mereka yang berkepentingan diri kerana projek yang melibatkan jutaan ringgit,.

Anwar masih tidak mengaku tentang kelemahannya, katakan lah yang pemimpin keluar itu betul, tapi bagaimana pula yang ahli-ahli di peringkat ranting yang dah keluar beribu-ribu orang ini juga berkaitan dengan projek. Tapi bagi mereka yang sudah buta mata buta hati menerima apa saja yang diperkatakan oleh Anwar.


Kepincangan perti PKR kerana parti itu bukan bermatalamat untuk membela rakyat tetapi untuk membela Anwar, terutama untuk ke Putrajaya dan untuk menghapuskan segala tuduhan liwatnya dan perangai buruknya.

Marilah kita sama-sama berfikir dengan ilmu bukan dengan perasaan ikut rasa, ikut hati, apa yang berlaku sudah jelas, DAP sangat bergantung dengar Anwar kerana mereka ada agenda tersembunyi, Hadi Nampak tapi kuasanya tak ada kerana kuasa PAS di tangan Nik Aziz apa kata Nik Aziz Pas terpaksa ikut.

Nik Aziz terhutang budi dengan Anwar kerana Anwar membantu kewangan dalam pilihan Raya lalu, sedangkan Nik Aziz tau keburukan Anwar, dah termakan budi maka tergadai maruahnya.

Orang Melayu mesti bersatu dalam apa jua bagi menentukan masa depan Agama bang dan negara.

Kerajaan membelanjakan RM210 juta

Ahmad Maslan berkata,Kerajaan telah membelanjakan RM210 juta dari tahun 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda bertujuan memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
Seramai 33,017 warga Felda telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang. cuba warga Felda bayangkan, bagaimana Kerajaan memberi komitmen terhadap generasi peneroka bagi memastikan anak-anak peneroka dapat hidup berdikari untuk meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
Anak-anak peneroka sepatutnya mengambil peluang di atas program-program kemahiran yang telah disediakan, bukan hanya tahu menunggu segala-galanya jatuh ke riba……
Mazlan-ANAK tidak perlulah membawa cerita keliling perkampungan Felda mendakwa Felda telah mengabaikan generasi peneroka, lebih baik Mazlan menyeru agar generasi Felda agar mengambil segala peluang yang disediakan untuk mereka.

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Beginilah pembangkang

Ini adalah kali kelima konvensyen itu diadakan di Malaysia. Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden Institut Akhbar-Akhbar Bahasa Cina Sedunia, Tan Sri Tiong Hiew King; dan Pengerusi Persatuan Wartawan Cina, Tian Cong Ming.

Najib turut menggariskan tiga peranan komuniti media untuk menghadapi pelbagai cabaran termasuk daripada komunikasi dalam talian yang lebih pantas penyebaran berita, murah untuk pengendalian dan aksesnya yang lebih luas.

Sehubungan itu, media Cina diminta menjadi peneraju untuk memainkan peranan sebagai penganjur kesederhanaan, 'menara pantau' dan pemangkin untuk pembangunan.

Katanya, semua media perlu memainkan peranan sebagai penganjur kesederhanaan untuk mengetengahkan dan menonjol semula agenda keamanan dan pragmatisme.

“Gerakan kesederhanaan boleh meminggirkan ekstremisme. Melalui keazaman bersama, kita boleh membina dunia yang lebih rasional, selamat dan saksama.

“Apabila media menyampaikan mesej mengenai majoriti yang mahukan keamanan dan kesederhanaan di seluruh dunia, dunia baru ini sesungguhnya

Pemimpin DAP tidak patriotik

Pemimpin DAP adalah lebih tidak patriotik ekoran tindakan mereka menanam kebencian di kalangan rakyat. BN tidak pernah memperalatkan bangsa, agama serta raja sebaliknya parti itu mempertahankan tiga elemen tersebut yang menjadi asas utama kepada pembentukan negara bangsa Malaysia daripada dimusnah pihak tidak bertanggungjawab seperti DAP.

Manakala dakwaan Guan Eng bahawa Barisan Nasional (BN) memperalatkan 3R iaitu 'bangsa, agama dan raja' bertujuan semata-mata untuk menutup perbuatan parti itu yang sejak dahulu menggunakan pendekatan berkenaan bagi meraih sokongan rakyat. Pemimpin DAP sejak sekian lama telah memainkan isu 3R dan ini terbukti apabila mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan tidak menghiraukan usaha memartabatkan Sekolah Kebangsaan.

Selasa, 21 Disember 2010

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)
Anwar: Supporters of Pas brainwashed
KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992).
Pas gagal majukan umat Islam.
RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat

Apabila Manusia Melepasi Batas Sebenar

Syaitan atau iblis telah bersumpah akan memesongkan akidah anak adam, usaha berterusan syaitan atau iblis tidak mengira siapa, bagi mereka yang gilakan kuasa, pastinya akan menerima bisikan syaitan dengan penuh yakin dan bersungguh, tiap bisikan syaitan akan di patuhi dan di laksanakan, hingga sanggup menghancurkan perpaduan dan persaudaraan, di kala itu syaitan ketawa terbahak-bahak kerana telah berjaya mengoda anak adam, ini lah yang terjadi pada sebahagian bangsa ku di tanah pusaka nenek moyang ku, bangsa ku di cerca dan agama ku di persenda, ketuanan melayu di perlekeh dan di tukar kepada ketuanan rakyat, ayat-ayat suci al quran agama ku di baca oleh orang kafir, yang sedihnya bangsa ku yang seagama dan ku menyokong apa yang mereka laku kan, kenapa ini terjadi? semuanya kerana gila kuasa.

Siapakah Anwar Sebenarnya

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan kenyataannya sebelum ini bahawa bukan Melayu, seperti penasihat DAP Lim Kit Siang, boleh dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, jika pemimpin Pakatan sepakat memilih Lim, yang merupakan pemimpin veteran pembangkang, untuk memegang jawatan tersebut, ia tiada menjadi masalah kepadanya.

"Ini akan menjadi keputusan pimpinan Pakatan. Yang saya tidak bersetuju ialah bagaimana isu ini dilaporkan oleh media yang dikuasai Umno, yang memberi gambaran seolah-olah saya pro-Cina.

"Saya ingin bertanya: Mengapa kita menafikan sebarang warga negara yang mempunyai kemampuan dan keupayaan, termasuk Lim, hanya 

kerana dia seorang Cina?

"Saya tidak boleh menerimanya. Juga, siapa kata kita mengetepikan PAS? Ada perjanjian antara kita. Mungkin (timbalan perdana menteri) boleh datang dari PAS atau Sabah dan Sarawak. Ia bergantung kepada keadaan," tambahnya.

Anwar memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Rabu, 8 Disember 2010

KESELAMATAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

KESELAMATAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman Allah S.W.T.yang bermaksud:

Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam.
(al-Anbia’ : 107)

Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dibuktikan apabila kita melihat masyarakat Arab Jahiliyyah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan tampil membina tamadun Insaniah yang sungguh mengkagumkan. Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab ini kemudiannya tersebar di bawah panji Islam ke kawasan-kawasan lain di muka bumi ini. Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan bangsa Arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya.
Rahsia di sebalik kejayaan ini adalah keamanan yang dibawa oleh Islam dan pejuangnya sehingga Islam menjadi satu agama yang dikagumi dan disegani