Rabu, 19 Disember 2012

Kewajaran Doa dan kehancuran BN

Kewajaran Doa dan kehancuran BN
 Baru-baru ini penulis telah dikejutkan oleh doa yang dibaca oleh pemimpin PAS semasa mendoakan kehancuran BN . Tindakan PAS yang mendoakan kehancuran sesama umat Islam adalah amat tidak wajar dan langsung tidak beradab serta melanggar tatasusila berdoa .
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Dato’ Othman Musthafa didalam ulasannnya mengenai doa tersebut berpendapat sesuatu doa itu hendaklah dilakukan bersesuaian dengan kehendak syarak iaitu bagi tujuan kebaikan dan bukannya dilakukan dengan niat atau tujuan lain.
"Jika kita meneliti sejarah baginda Rasulullah S.A.W. sendiri, beliau tidak pernah berdoa untuk kecelakaan umatnya walaupun Rasulullah pernah dicaci, dimaki oleh orang yang membenci perjuangannya.
"Kita perlu ingat bahawa doa itu merupakan satu ibadat dan cara hidup yang diajar oleh Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menasihatkan umat Islam supaya tidak mendoakan kecelakaan mana-mana pihak atas sebab kejahilan atau kekurangan seseorang itu kerana doa sebagai senjata umat Islam bertujuan menyeru ke arah kebaikan serta demi kemaslahatan (kepentingan) umum.

"Hayatilah etika bersangka baik kerana besar kemungkinan orang yang kita benci dan caci itu mungkin lebih baik di sisi Allah dan umatnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim berkata setiap umat Islam perlu mengikut adab dan tatacara berdoa kerana doa ini adalah otak kepada ibadah.

"Sebagai salah satu ibadah, maka kita hendaklah mendoakan yang terbaik sesama manusia bukannya perkara yang sia-sia atau keburukan.

"Tindakan ini juga boleh dikatakan sebagai terdesak untuk mendapatkan kuasa dan bermotifkan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/Aids di sini.

Masitah berkata kandungan doa itu jelas menunjukkan PAS terlalu mempolitikkan agama serta menjadikan agama sebagai senjata politik mereka untuk menarik undi.
Katanya, tindakan sebegini jelas tidak melambangkan keperibadian seorang Islam dan beliau berharap agar masyarakat boleh menilai sendiri tindakan PAS itu.

Beliau juga menolak persepsi negatif PAS kepada kerajaan sedia ada yang dikatakan bersikap 'zalim' kepada rakyatnya dengan menyifatkan kenyataan tersebut berbaur politik.

"Kalau kata BN ini zalim, PAS tidak mungkin boleh mengadakan sebarang aktiviti politik di negara ini," katanya.

PAS mengadakan solat hajat di Stadium Muhammad IV di Kota Baharu 16 November lepas yang dipimpin adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat sempena Muktamar ke 58 parti itu.

Hudud atau Karpal

Dilema PAS : Hudud atau Karpal
Agenda PAS menggunakan agama bagi menarik pengundi untuk mengundi mereka pada pilihanraya akan datang akhirnya memakan diri . Pengerusi kepada DAP iaitu Karpal Singh telah menyatakan dengan terang-terangan bahawa mereka akan menentang perlaksanaan hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU-13 .

Disebalik dakwaan pemimpin PAS yang mengatakan bahawa DAP menyokong perlaksanaan hudud PAS , Karpal menegaskan dengan lantang bahawa mereka menentang perlaksanaan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan oleh rakan parti mereka itu .

Kenyataan Karpal ini membuktikan bahawa ketidak sefahaman mereka didalam membawa agenda masing-masing . Penulis juga tidak faham bagaimana PAS boleh bertolenrasi dengan DAP khususnya tentang perlaksanaan Hudud yang menjadi agenda parti tersebut sejak sekian lama .

DAP dan Singapura

DAP dan Singapura: Sejarah dan rahsia penjajahan halus Singapura terhadap Malaysia
 Sebagaimana yang kita maklum parti DAP yang menjadi salah satu dari ahli pakatan lalang adalah pecahan dari PAP semasa Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada ketika itu . Ini dikuatkan lagi dengan bukti bahawa setiausaha Politik Lim Kuan Yew pada masa itu iaitu Lim Kit Siang telah diarahkan oleh PAP untuk membuka cawangan baru bagi PAP di Malaysia .
 Setelah menguasi Singapura , PAP telah menukar sistem pemerintahan Negara tersebut kepada republik sedangkan Malaysia masih mengekalkan system raja berpelembagaan yang mana KDYMM masih memegang tampuk pemerintahan tertinggi Negara . Ini memungkinkan salah satu dari misi DAP ialah ingin mengREPUBLIK Negara Malaysia yang kita cintai .
 Ini dibuktikan dengan perlakuan kebanyakan pemimpin DAP yang bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi Raja-Raja dan kesultanan Melayu di Negara ini .
 Difahamkan bahawa jika dasar perjuangan DAP itu berjaya dijalankan di negara ini, ia secara tidak langsung juga akan mendorong arah negara ini kepada sebuah negara yang sangat mirip kepada corak dasar di Singapura di mana kaum bumiputera semakin terpinggir dan bertukar kepada golongan minoriti.
 Ketika itu, dijangka kuasa yang ada pada DYMM Raja-Raja dan Kesultanan Melayu akan “dihilangkan” begitu saja oleh dasar pemerintahan DAP itu dan Malaysia akan menuju ke arah negara republik, juga sama seperti yang berlaku di Singapura.
 Baru-baru ini, beberapa pihak mendedahkan bahawa Kerajaan Singapura dalam diam telah membantu parti-parti Pakatan Haram melalui DAP di mana dana-dana lumayan telah disalurkan melalui parti itu.
 Difahamkan juga bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP berkunjung ke Singapura sebulan sekali untuk memberi laporan berkenaan perkembangan “penjajahan halus” mereka di Malaysia.
 Begitu juga dengan maklumat yang mendedahkan bahawa setiap cawangan DAP diberikan sebanyak USD/SGD 5,000 sebulan oleh pihak tertentu di Singapura bagi menjalankan gerak kerja daftar dan pindah pengundi peringkat akar umbi di Malaysia.
 Dan terbaru, Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, mendedahkan bahawa para penyokong DAP telah menggesa agar Perdana Menteri Singapura mengambil tindakan terhadapnya kerana mempertahankan imej dan kedaulatan Malaysia dari campur tangan negara itu.
 Ia jelas menunjukkan bahawa sememangnya DAP dan Kerajaan PAP di Singapura mempunyai hubungan yang erat dan dipercayai bahawa parti “chauvinis ultra kiasu” itu diberikan sokongan kuat oleh PAP di Singapura.
 Persoalannya, apakah Melayu di negara ini masih lagi “buta”, “tidur” dan tidak sedar tentang segala perancangan DAP – PAP ke arah me“republik”kan Malaysia ini?
 Atau umat Islam di negara ini masih lagi “bermimpi indah” dengan bayangan Lim Guan Eng sebagai “khalifah” sebagaimana “Lee Kuan Yew” yang memakai songkok untuk membeli jiwa umat Melayu Islam di Singapura pada suatu masa dahulu?
 Apakah apa yang berlaku di Singapura akan berulang dan berlaku di Malaysia sekiranya Pakatan Haram diberi mandat pada PRU ke-13 nanti?
 Ingatlah bahawa bangsa Melayu di Malaysia tidak selemah itu, dan cubalah “jolok sarang tebuan” jika mahu melihat “amukan” anak-anak Melayu Muslim yang sayangkan tanah tumpah darah mereka ini! Cubalah kalau berani !!!
SALAM PERJUANGAN