Rabu, 19 Disember 2012

Kewajaran Doa dan kehancuran BN

Kewajaran Doa dan kehancuran BN
 Baru-baru ini penulis telah dikejutkan oleh doa yang dibaca oleh pemimpin PAS semasa mendoakan kehancuran BN . Tindakan PAS yang mendoakan kehancuran sesama umat Islam adalah amat tidak wajar dan langsung tidak beradab serta melanggar tatasusila berdoa .
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Dato’ Othman Musthafa didalam ulasannnya mengenai doa tersebut berpendapat sesuatu doa itu hendaklah dilakukan bersesuaian dengan kehendak syarak iaitu bagi tujuan kebaikan dan bukannya dilakukan dengan niat atau tujuan lain.
"Jika kita meneliti sejarah baginda Rasulullah S.A.W. sendiri, beliau tidak pernah berdoa untuk kecelakaan umatnya walaupun Rasulullah pernah dicaci, dimaki oleh orang yang membenci perjuangannya.
"Kita perlu ingat bahawa doa itu merupakan satu ibadat dan cara hidup yang diajar oleh Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menasihatkan umat Islam supaya tidak mendoakan kecelakaan mana-mana pihak atas sebab kejahilan atau kekurangan seseorang itu kerana doa sebagai senjata umat Islam bertujuan menyeru ke arah kebaikan serta demi kemaslahatan (kepentingan) umum.

"Hayatilah etika bersangka baik kerana besar kemungkinan orang yang kita benci dan caci itu mungkin lebih baik di sisi Allah dan umatnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim berkata setiap umat Islam perlu mengikut adab dan tatacara berdoa kerana doa ini adalah otak kepada ibadah.

"Sebagai salah satu ibadah, maka kita hendaklah mendoakan yang terbaik sesama manusia bukannya perkara yang sia-sia atau keburukan.

"Tindakan ini juga boleh dikatakan sebagai terdesak untuk mendapatkan kuasa dan bermotifkan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/Aids di sini.

Masitah berkata kandungan doa itu jelas menunjukkan PAS terlalu mempolitikkan agama serta menjadikan agama sebagai senjata politik mereka untuk menarik undi.
Katanya, tindakan sebegini jelas tidak melambangkan keperibadian seorang Islam dan beliau berharap agar masyarakat boleh menilai sendiri tindakan PAS itu.

Beliau juga menolak persepsi negatif PAS kepada kerajaan sedia ada yang dikatakan bersikap 'zalim' kepada rakyatnya dengan menyifatkan kenyataan tersebut berbaur politik.

"Kalau kata BN ini zalim, PAS tidak mungkin boleh mengadakan sebarang aktiviti politik di negara ini," katanya.

PAS mengadakan solat hajat di Stadium Muhammad IV di Kota Baharu 16 November lepas yang dipimpin adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat sempena Muktamar ke 58 parti itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan