Ini adalah kali kelima konvensyen itu diadakan di Malaysia. Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden Institut Akhbar-Akhbar Bahasa Cina Sedunia, Tan Sri Tiong Hiew King; dan Pengerusi Persatuan Wartawan Cina, Tian Cong Ming.
Najib turut menggariskan tiga peranan komuniti media untuk menghadapi pelbagai cabaran termasuk daripada komunikasi dalam talian yang lebih pantas penyebaran berita, murah untuk pengendalian dan aksesnya yang lebih luas.
Sehubungan itu, media Cina diminta menjadi peneraju untuk memainkan peranan sebagai penganjur kesederhanaan, 'menara pantau' dan pemangkin untuk pembangunan.
Katanya, semua media perlu memainkan peranan sebagai penganjur kesederhanaan untuk mengetengahkan dan menonjol semula agenda keamanan dan pragmatisme.
“Gerakan kesederhanaan boleh meminggirkan ekstremisme. Melalui keazaman bersama, kita boleh membina dunia yang lebih rasional, selamat dan saksama.
“Apabila media menyampaikan mesej mengenai majoriti yang mahukan keamanan dan kesederhanaan di seluruh dunia, dunia baru ini sesungguhnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan